
alkisah bermula cerita di mana tinggal seorang putera raja yang bernama Tuanku Bogus yang tinggal di atas bukit nun jauh di pelesok bandar.Tuanku merupakan raja yang adil serta mempunyai sikap kerakyatan yang amat mendalam dan juga seorang yang pandai mendendangkan lagu lagu berunsur melayu mahupun inggeris.Raja adil raja disembah,raja zalim raja disanggah merupakan motto kehidupan rakyat di bawah naungan Raja Bogus menjadi teras sikap dan amanah baginda sehingga baginda sendiri takut hendak berkhawin takut takut rakyat jelata akan menyanggahnya kerana baginda tahu bahawa dia menjadi seorang pencinta setia.Maka, hendak dijadi cerita dalam kisah ini maka baginda telah membuat ketetapan hati untuk lambat berkahwin.
Sayang seribu kali sayang,istana yang sungguh indah dipandang mata,sungguh meriah dengan keagungan raja,sungguh hati terasa nian yang permai tetapi isi dalamnya kurang dengan puteri utk menjadi teman raja bogus. Maka, dijadikan perjalanan lebih menarik dengan unsur unsur dongeng,pada suatu petang yang dingin, bendahara telah bertanya kepada sultan bogus.
Bendahara Mal: Ampun tuanku,sembah patik pacar yang hina harap di ampun.Hamba sebagai teman kepada tuanku agak musykil kerana sampai sekarang tuanku enggan berkahwin mahupun memiliki teman wanita...semua rakyat jelata ingin memiliki seorang puteri untuk memeriahkan lagi penempatan kita.
Sultan Bogus: Wahai bendahara ku yang setia bersama ku sekian lama, sesungguhnya diri beta ini setiap hari berasa gundah gulana menanti puteri tidak muncul tiba.Beta juga sekian ini takut jika rakyat jelata marah kerana beta seorang pencinta yang setia, takut takut beta tidak ada masa utk mentadbir kerajaan kita yang aman damai ini.
Bendahara Mal: Tuanku, jangan lah bersikap seperti kerana takutkan beras,padi disorok di bwh bantal. Sesungguh nya hamba selaku orang kanan tuanku dapat menjalankan segala urusan kerajaan kita dengan jayanya. Hamba tahu bahawa tuanku mmg seorang pencinta yang setia malahan sultan yang romantis.Pergilah tuanku mencari gadis idaman tuanku, pergilah tuanku menjalankan niat suci di hati, pergilah tuanku amankan naluri, hamba disini setia memikul segala tanggungjawab tuanku dengan jayanya. Harapan hamba cuma 2 perkara sahaja iaitu apabila pulang nanti bawalah permaisuri untuk rakyat jelata serta naikkan gaji hamba sedikit memandangkan tugasan hamba sudah lebih.

Sultan Bogus: Wahai bendahara ku, niat tulus mu amat beta berkenan,perihal gajimu jgn digundahkan kerana dengan izin Ilahi, beta mendapat permaisuri dan gajimu akan ku naikkan sebanyak ER1500.00. (1 ER = RM0.20). Pergilah kamu memberitahu rakyat jelata akan keberangkatan beta dengan tujuan rasmi kerajaan kita. Insyallah, dalam masa 5 hari 5 malam beta akan pulang, pulang dengan kejayaan yg mendalam seterusnya menjadi sejarah dalam kehidupan masyarakat segajat.
Bendahara Mal: Perintah di junjung tuanku!
(bersambung.......)
Episod akan datang.....
Sultan menyamar menjadi orang biasa, berdayung sampan sambil menyanyi tiba tiba...........................................
1 comment:
Assalamualaikum,
Sebuah lagi nukilan dari fiveroll, dan yg menarik skali subjek predikat yg dikaji ialah rogus. Nukilan yg mengambil sejarah sistem raja melayu dgn mal menjadi bendahara yg arif lagi bijaksana.
lagi menarik bile bendahara mal mentadbir dgn baik tanpa bantuan penasihat ting 4 seperti SonInLaw and OwnSon. Tapi bendahara mal ni licik, manalah tau mungkin permindaan perlembagaan dgn menghalang Rogus kembali ke takhta?
Sultan ni sure banyak kitaran ni, saya tekalah, 1 dah disebut phidora, 2 mungkin mckirah, 3 mungkin shazak, 4 mungkin jainaetra last ntah ade ke kharina. Hebat sungguh...
ape yg ade pada rogus ni? semua tanya.
ntah nanti akan diceritakan lagi oleh fiveroll.
Sile continue nukilan anda fiveroll. Selamat hari2, stay tune di sensasi kehidupan
Wasalam
Post a Comment