Sunday, July 15, 2007

Sambungan.....

maka,setelah mendapat persetujuan dan pengumuman yang dibuat, maka sultan bogus pun menyamar menjadi seorang nelayan seperti berakit rakit ke hulu,berenang renang ke tepian, bersusah susah dahulu dan bersenang senang kemudian.bersama nawaitu yang suci murni iaitu untuk mencari permaisuri untuk peneman setia tersemat bersemangat di dalam sanubari baginda. Dalam perjalanan baginda, pelbagai wanita wanita yang baginda fikirkan sama ada daripada kalangan wanita biasa ataupun yang sama taraf hendaknya. Maka, setiap detik yang dilalui hanyalah hutan belukar semata mata tanpa seorang pun wanita yang di temuinya. Tiba tiba, baginda terlena kerana melayan penat lelah setelah 2 hari 2 malam bersekang mata. Dalam mimpinya itu dia terbayang seorang wanita






inilah dia wanita pertama yang dimimpikan oleh sultan bogus.gaya menarik,perwatakan menarik dan juga seorang wanita yang seksi.maka, hendak dijadikan cerita dongeng purba seperti cerita cerita di buku "tidurlah intan" jilid 1-10, wanita ini diberikan nama phidura.phidura merupakan wanita yang tidak banyak cakap,tidak juga seorang yang suka melawan akan kehendak mahupun segala percakapan sultan bogus walaupun rupanya seperti seorang yang garang.Dalam mimpinya itu baginda pun bercakap dan berkenalan dengan phidura ini.....

sultan bogus: wahai gadis yang cantik jelita,beritahu kepada ku apakah ciri ciri yang dirimu menanti...

phidura: wahai abangku yang sungguh kacak, sensungguhnya dalam diri dinda ini tersemat menanti teruna idaman yang faham erti kejujuran dan setia pada yang satu.pada dinda, lelaki seperti ini sungguh susah untuk dinantikan.

sultan bogus: wahai dinda ku, apakah yang dimaksudkan dengan lelaki yang jujur?adakah jujur melalui kata kata mahupun jujur melalui perlakuan

phidura: wahai kanda ku yg segak, kian hari kian berlalu,manusia berubah mengikut waktu, maka lelaki yang jujur ku maksudkan itu ialah lelaki yang tahu membawa diri walaupun berjumpa dengan wanita yang lebih cantik daripada diriku ini. secantik cantik diriku ini,ada yang lebih cantik yang bakal lelaki temui, maka lelaki yang tahu menilai diriku sepanjang masa adalah lelaki yang tahu dan faham erti jujur daripada percakapan dan perlakuan.

tersentak dengan jawapan phidura itu, maka terbangunlah baginda dengan wajah yang begitu menyesal tanpa sebab.dalam sanubari hatinya terdetik dan terdetak tentang segala jawapan yang diberi sekaligus terfikir dalam akal fikiran adakah dirinya baginda sendiri boleh menjadi lelaki yang begitu......(bersambung)

*sultan bogus tertidur lagi dan bermimpi bertemu wanita lain...siapakah gerangan gadis kedua dalam mimpinya?Cantik?

1 comment:

Hypertuner Motorsport said...

Assalamualaikum,

Hmm dashat mimpi phidora ni...camna plak mimpi yg akan dtg?

Wasalam