Tuesday, August 7, 2007

pestabola victorian.....

hai anda semua,
pada jun 2007 tersebar satu lagi kenangan dalam kehidupan saya.malah kenangan ini terus mengait kenangan lampau saya di sekolah.vioba dengan kerjasama semua orang telah menganjurkan pestabola victoria yang berlangsung di padang vi.mari saya coretkan sedikit tentang pestabola ini di bawah.

inilah warga victorian yang hanya berkumpul setahun sekali untuk bertukar cerita.....saya rindu akan zaman persekolahan saya......:)


wajah sekolah ku tercinta,melahirkan generasi yang bakal mentadbir negara malah sekolah victoria ini juga mempunyai wajah wajah lelaki kacak dan terhebat....



penjaga gol terbaik pasukan kami sehingga bermain utk 3 pasukan sekaligus...hebatlah awak ini sampaikan ada 2 hati yang mahu dijaga ye.......


paparazzi yang sentiasa menangkap gambar telatah kami..maklumlah pasukan 97 penuh dengan lelaki terhangat......



stevie wonder juga telah datang untuk menghiburkan hati kami dengan lawak jenaka yang mencuit sanubari hati..terima kasih

inilah dia gambar yang sungguh menawan sesuai dengan tema bahasa kita iaitu hitam itu menawan.....tidak ketinggalan kuben(anak saudara zainal abidin hassan) iaitu pemain yang diimport khas dari brickfields sempena 50 tahun merdeka iaitu muafakat masyarakat majmuk

wajah dua bujang yang terhangat atau hanya qalmal yang masih solo?abang bogus sila telepon saya untuk mengemaskini status anda tetapi semasa hari pertandingan si bogus telah membawa............(siapa dapat jawab,saya belanja anda makan malam di mana mana yang anda suka..)

inilah gabungan terbaik jurulatih tidak bertauliah...qalmal seperti biasa dengan gaya cakap tetapi rupanya kaki bangku, saudara garry sentiasa menitikberatkan penampilan kerana sentiasa segak bergaya, saudara rimau dengan sikap pemalu dengan tunduk ke bawah....

kata kata perangsang yang terangsang diluahkan oleh saudara garry.mempunyai pengalaman luas dalam bidang bercakap serta mahir dalam permainan bolasepak ps2 tetapi sentiasa kalah ditangan saya.kata kata azimat saudara garry membuatkan pasukan 5 hijau menjadi juara malah saya sendiri telah dipilih menjadi permain terbaik perlawanan akhir dengan gol ala ala david beckham.....










inilah wajah orang kuat batch 97 yang banyak menabur bakti kepada pasukan 97.perlu diperingat bahawa qalmal ini masih bujang dan tidak lagi berpunya.perwatakan yang macho serta lelaki yang bukan biasa malahan luar biasa tetapi dia seorang yang baik hati.











hai anda semua,
terima kasih kepada warga victorian yang sanggup meluangkan masa anda semua,hari berganti hari tetapi kenangan yang telah terpahat dihati ku ini sentiasa dalam fikiran...kepada warga victorian yang terbaca blog ini sama ada di mana jua anda berada.....imbaslah kembali kenangan kita bersama.........BE YET WISER