berjumpa lagi kita di ruang kali ini.saya masih berada di pejabat di mana saya bekerja. cuti sekolah pada minggu ini amat bosan sekali terutama pada saya kerana tidak banyak kerja yang saya boleh lakukan memandangkan bursa malaysia tidak ada petunjuk baru.sekilas memori saya terus melayang ketika kami semua berada di sekolah menggamit sanubari serta perasaan rindu saya kepada rakan rakan yang menjadi sahabat serta tempat kami semua mengadu.setiap sudut kami di sekolah sentiasa mengundang ketawa,riang serta isu isu yang hangat diperbual dan perkara ini sentiasa bersambung di rumah.dewasa waktu terus menjadikan kami matang dalam setiap hal, erti sahabat,erti rindu serti definasi hidup di alam remaja.SERONOK..matlamat hidup kami semua tetapi pelajaran sentiasa menjadi agenda utama hidup kami jua dan yang penting sekali kami juga sekarang ini menjadi sebahagian nadi nadi penting untuk negara malaysia sekaligus menjadi penyumbang utama kepada kumpulan wang simpanan pekerja(maksud:kami semua dah bekerja!)
hai anda semua,
keakraban kami semua bukan di sekolah sahaja malah terus menerus di dalam aktiviti sukan.gambar di atas menjadi kenangan terindah kami kerana kami semua adalah pelopor sukan bola baling malah sekaligus terus menjadi naib juara peringkat zon bangsar(pertama kali serta terus menjadi naib juara.....terima kasih kepada diriku sebagai ketua pasukan).lihat kami semua...pada masa ini semua di antara kami memang kurus kurus belaka malah kami juga pada masa ini terus mengekalkan keterunaan kami.....teringat juga perlawanan separuh akhir ini di mana chairol terbaring kesakitan ketika menjaringkan gol kemenangan tetapi tiada siapa pedulikan nya kerana kami semua seronok meraikan gol itu bersama cikgu serta jurulatih tidak bertauliah kami...hahahahha ala cikgu perempuan tu la.....sampai ada di antara kami hendak mengorat adiknya.......(korang ingat tak?)
hai anda semua,
lihat gambar di atas.peristiwa yg bersejarah ini telah dirakam semasa kami berada di tingkatan 3.kalau tak silap pada hari ini adalah bulan puasa.anda dapat lihat wajah wajah berseri kami dan inilah yg dikatakan jantan terhebat di vi di antara kalangan rakan rakan tingkatan tiga.lihat wajah garry serta badan yg rampin tanpa perlu saya editkan, garry semasa ini teruna impian semua gadis gadis sunti di bbgs serta cbn. selain itu wajah mesra zarouk dan chairol juga seperti kanak kanak riang. zarouk banyak sungguh peminat tetapi sikap nya yg pendiam membuatkan dia seperti diam diam ubi berisi kerana peminatnya banyak di sekitar taman melawati,taman permata dan keramat au5.chairol....usah untuk disembunyikan lagi kerana dia sesungguhnya pencinta yg setia(pada masa itu) dan cinta agungnya itu kekadang menjadi sindiran serta gelak ketawa kami semua.hahahah..sebelah kiri sekali itu sesungguh lelaki yg sungguh kacak serta tampan..wajah seiras yusry kru...sudahlah nanti dia perasan!!!!
hai sahabatku semua,
matangnya umur kita maka matanglah akal kita,saya harapkan segala kenangan yang terukir dan kita jasadkan dalam ingatan kita menjadi perjanjian antara kita semua.kita semua pernah tidur sebantal,makan berkongsi malah pernah bersedih maka ingatlah bahawa kita semua BERSAHABAT!!!! saya rindu sahabat saya, saya rindu kenangan kita serta saya rindu kegembiraan kita.....sekian.....
terima kasih khas kutujukan untuk garry,chairol,zazly,tarid,zarouk dan kartinie.sekalung penghargaan untuk faraya kerana gambar gambar di atas.........
4 comments:
gamba kecik la...lain kali upload medium size ok.
Assalamualaikum,
sms fiveroll "aku dah update blog". aku sms balik "apsal ko tak sms mak aku psl tuisyen adik aku" terdiam seketika."mana form transnasional" aku sms balik.
ooo barulah aku tau camna geng model@rambut jambul mula ditubuhkan. aksi belasan tahun tangkap gambar macam model CK or GQ. kih kih memori silam mmg best. cuma dapat dilihat dan dianalisis pembesaran badan yg amat (penulis blog).
anyway teruskan penulisan aku akan berada disisi mu utk mengkritik. anyway, aku doakan bapa mertua mu sihat kembali.
peace be upon u
sahabat ku,
kisah lampau mencuit hati
Buat penenang kapala yang tension
Wahai Saudara fairul yang baik hati
Bila lagi nak update blog buat renungan kami victorians.
bestnya...
adakah korang megekalkan tradisi itu sampai sekarang ini..?
saya berasa begitu terharu. ini kerana kumpulan gagak hitam saya telah di bubarkan setelah ramai di antara kami yang sedah berkahwin dan beranak pinak...
tinggal lar saya seorang...
**hi!!
Post a Comment